Aku berjaya install dan sambung eMAC aku ke server ofis. Memang betul dia terus sambung ke proxy ofis aku. Sambung je dan terus boleh guna. Huhu.
Tapi ni aku tak lepas nak pasang wireless. Aku ingat nak pasang kat rumah, kongsi dengan adik ipar aku punya internet.
Aku pasang usb wireless dia dah lepas. Keluar dan usb tu berjaya, tapi aku tak dapat lagi nak godeh-godeh firefox tu supaya boleh sambung ke internet.
Aku agak sibuk sikit. Jadi tak sempat nak godeh-godeh lagi.
Monday, November 10, 2008
Tuesday, November 4, 2008
MAC Mini

Ini adalah gambar MAC Mini yang mula-mula aku nak beli. Harga sekarang dalam RM2+++ sahaja. Ada duit tu nak beli. Kalau nak beli MAC lain, kurang-kurang kena ada RM5+++.
MAC Mini ni boleh sambung dengan lain-lain peralatan yang ada usb. Jadi kepada mereka yang nak mencuba MAC dan modal tak besar, boleh beli MAC Mini ni. Dan boleh gunakan monitor, keyboard dan mouse yang sedia ada pada PC korang.
Hebatnya Apple ni, kecik je dia buat. Tapi power dan stabil giler. Seperti eMAC yang aku beli tu, semua motherboard, ram, cpu dan lain-lain disatukan dengan monitor. Huhu.
eMAC G4

Inilah dia eMAC yang aku baru beli tu. Tapi ni bukanlah yang aku punya. Gambar ni aku ambik dari website lain. Cuma nak tunjukkan je kat korang bentuk eMAC yang aku beli.
Sekarang eMAC ni dah tak ada. Telah diganti dengan iMAC kalau tak silap aku. Aku pun tak tahu sangat pasal MAC ni. Tapi aku akan cuba kongsikan dengan korang semua melalui blog aku ni. Aku akan ceritakan dari mula aku beli sampailah aku jadi pakai MAC. Kalau jadilah. Huhu.
eMAC ni seketul macam tu je. CPU dia termasuk sekali dalam monitor tu. Bawah tu kalau nampak ada speaker dia. Dan tengah2 tu ada cd rom (yang ada logo apple tu).
Mula-mula aku tak tau nak buka cd rom tu macam mana. Tapi aku ternampak satu stiker kat keyboard dia, suruh tekan satu kekunci kat keyboard. Kekunci khas ni lah untuk buka dan tutup cd rom tu.
Aku beli eMAC tu sekali dengan mouse dan keyboard dia. Ori punya tau. Dan sekali dengan MAC X OS ori. Ada sekali beberapa program lain yang aku rasa tak berapa ori agaknya. Huhu.
Bermulanya 03 November 2008
Aku kini telah berjaya memiliki sebuah komputer keluaran Apple. Satu angan-angan yang telah wujud lebih 5 tahun dulu. Huhu.
Tapi...
Buat masa ni aku hanya berjaya beli yang second je. eMAC G4 1Ghz yang berharga RM800.00. Mulanya aku nak ambik MAC Mini je. Harga dalam RM2,200 lebih kurang. Lepas tu sambung dengan pc aku yang sedang nazak tu. Tapi otai MAC kat internet ni cadangkan aku beli yang second je dulu. Dia cadangkan cari kat mudah atau lelong.
Dan aku terjumpa satu iklan kat mudah yang letak harga RM800.00 tu. Lokasi pun dekat je dengan ofis aku. Cadangan awal aku dalam RM2+++ jadi takde masalah untuk ambil yang RM800. Akau terus sms dengan pemilik eMAC tu dan tengahari aku terus ke ofis dia.
Tengok lebih kurang dan terus aku setuju beli. Bertukarlah eMAC dan RM800. Kini aku dah jadi pengguna eMAC. Aku test lebih kurang kat ofis. Dan aku puas hati. Malam aku bawa balik rumah dan godeh eMAC aku tu.
Puas hati. Memang jauh beza guna eMAC dan PC ni. Jauh sangat.
Subscribe to:
Comments (Atom)